DRIVE Travel
Pengalaman memandu di Bali, Indonesia
Baru-baru ini (27 Ogos 2023), saya telah memasuki Maybank Marathon, Bali. Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya memandu secara sendiri menggunakan kereta sewa di Bali. Ini adalah dari segi kaca mata pelancong Malaysia.

1. Saya telah menyewa kereta sewa dari Wahdah www.wahdah.co.id dan proses sangat mudah. Kereta yang saya sewa adalah Honda City Hatchback. Kereta adalah sama sahaja dengan Honda City Hatchback di Malaysia.

2. Setibanya di Lapangan Terbang Ngurah Rai (DPS), Denpasar Bali, saya terus hubungi PIC (person in charge) saya yang saya dapat di dalam Pickup Slip dan proses perjumpaan sangat mudah kerana kereta sudah di parkir dia bawah lapangan terbang.

3. Proses pickup menggunakan aplikasi Wahdah sangat mudah, gambar di ambil dan saya mengesahkan semua gambar di ambil secara digital. Kunci di ambil dan saya terus menggunakan Waze untuk ke Hotel. Ketika ini apabila keluar dari airport, perlu ada tunai IDR atau ada kad e-money (seperti touchNgo) untuk keluar dari parking. Sebaiknya terus request kepada PIC untuk sediakan kad e-money dan minta PIC topup sekurang-kurangnya 100 ribu rupiah (IDR).

4. Memandu di Bali sangat mudah menggunakan Waze terus ke hotel berdekatan airport dan ada ketika menggunakan highway ke hanya memerlukan kad e-money untuk pembayaran.

5. Parking di kawasan bandar agak sukar, tetapi di hotel kebanyakannya sudah menyediakan parking percuma dan anda boleh bertanya lebih awal jika ada tempat parking percuma sebelum tiba ke hotel.

6. Untuk makan di Bali cabaran adalah untuk mencari makanan halal, menggunakan aplikasi Grab anda gunakan kata kunci "muslim" dan ada pelbagai kedai makan halal yang anda boleh order secara online ke hotel anda. Selain dari itu untuk travel teruskan menggunakan aplikasi grab menggunakan kata kunci "muslim" dan boleh terus ke nama kedai yang ingin dituju. Jika cari menggunakan perkataan "halal" agak sukar untuk jumpa, kerana Grab tiada filter halal tetapi kebanyakan kedai muslim menggunakan kata kunci "muslim" dalam nama kedai.

7. Ada ketika pengambilan bip larian sangat sesak trafik dan tidak sesuai menggunakan kereta, saya parking di tempat berhampiran (dalam 7-8km dari tempat pengambilan) dan saya order Grab motor / Gojek untuk ke tempat pengambilan dan pembayaran tidak sampai rm 10 ke tempat pengambilan bip larian (Taman Bhagawan).

8. Ketika permulaan larian saya juga tidak menggunakan kereta, tetapi menyewa motorsikal dari hotel saya dalam kos 100 ribu rupiah (rm 30) untuk ke tempat permulaan dan terus parking berdekatan dengan tempat permulaan.

9. Pemanduan di Bali agak perlahan, jarak 30-40km mungkin mengambil masa 1 jam 30 minit atau lebih, jadi rancang awal dan selalu rujuk Google Maps untuk merancang perjalanan anda.

10. Oleh oleh lebih mudah untuk dapat di Bali berbanding Jakarta atau Surabaya, saya sangat suka Oleh Oleh Bali Krisna berdekatan Bali Bypass (www.tripadvisor.com/Attraction_Review-g297697-d17689681-Reviews-Krisna_Oleh_Oleh_Bali_Bypass-Kuta_Kuta_District_Bali.html). 3 tingkat bangunan penuh dengan oleh-oleh untuk rakan-rakan di Malaysia, anda akan melekat di sini pening untuk memilih hadiah yang ingin dibeli.

Jika ada yang ingin bertanya soalan, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya.
Ahmad Amran
on 05/09/2023
1.9k
1
Daniel on 14/09/2023
Ahmad Amran's Bali adventure was simply enchanting, and I can't wait for our Bali trip soon!

Explore
Forum
Blog
Popular Discussion

Hello!

Register for a new account for free or login if you already a member.
Drive

Manage your cars with DRIVE now.

Go to Drive